Saturday, June 16, 2018

Kopi Arabica Goatmilk 9 in 1..khasiat dan keajaiban susu kambing yang anda wajib tahu




SALAM SEJAHTERA, salam lebaran 1439 H..

BERTEMU kembali..
Terlebih dahulu kami di Raziana Industries ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua khasnya penggemar kopi seluruh tanahair dan di mana sahaja dan jangan lupa dapatkan stok Kopi Arabica Goatmilk 9 in 1 sempena musim perayaan ini dengan menghubungi talian hotline kami 6016-2581185 bagi mendapatkan stok segera dan harga yang berpatutan.

Anda semua tentu maklum Kopi Arabica Goatmilk 9 in 1 adalah minuman tambahan yang dihasilkan daripada ramuan segar, bermutu tinggi serta terpilih iaitu Kopi putih Arabica,krimer bukan tenusu,Dektrosa (gula jagung),Kapucino,Mocha,Eksstrak habbatus sauda,garam bukit,serbuk koko serta kaya dengan kandungan susu kambing jadi kami ingin kongsikan khasiat dan kehebatan makanan sunnah nabi s.a.w ini  dan apa peranannya dalam memastikan kesihatan dan keaafiyatan anda sekeluarga terjaga. Antaranya :
1. Menguatkan Tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi, membekalkan kandungan kalsium sama banyak dengan susu lembu tanpa memberikan kesan sampingan.
Selain itu,ia dapat memastikan bahawa kita menerima kadar kalsium yang stabil kerana tulang kita tidak sentiasa kuat sepanjang hayat kita. Pada masa yang sama, ia boleh mengelakkan kita daripada mendapat osteoporosis, ataupun tulang rapuh.




2. Salah satu sebab orang lebih menyukai susu kambing berbanding susu lembu adalah kerana ia tidak mendatangkan keradangan mahupun sakit perut seperti mana susu lembu kerana susu kambing mempunyai satu enzim aktif yang boleh mengurangkan kesan keradangan yang berlaku di dalam perut. Yang pasti, ianya baik kepada perut dan usus anda!

3. Keajaiban susu kambing lagi adalah kandungan kimia di dalamnya yang mempunyai banyak persamaan dengan manusia.
Pada asasnya, manusia adalah ciptaan yang perlukan susu daripada ibunya semasa dilahirkan,memandangkan susu kambing mempunyai kandungan yang hampir sama dengan susu manusia, badan kita akan menerima banyak khasiat daripada susu kambing. 

4. Satu cawan susu kambing dapat membekalkan 40% keperluan harian kalsium, 20% keperluan vitamin B dan kandungan potassium serta phosphorous yang banyak.
Pada masa yang sama, kajian telah menunjukkan bahawa susu kambing boleh meningkatkan pengambilan zat besi di dalam sistem penghadaman kita, yang mana sangat penting bagi orang yang mengalami penyakit anemia ataupun masalah kekurangan nutrisi.



5. Soal Kesihatan Jantung pula susu kambing dapat  mengawal kadar lemak asid di dalam badan, kita boleh mencegah atherosclerosis, strok (angin ahmar), sakit jantung dan beberapa masalah jantung yang lain.
Kandungan potasium yang tinggi di dalam susu kambing boleh membantu mengurangkan kadar tekanan darah. Hal ini kerana postasium merupakan satu nutrisi yang boleh melegakan saluran darah di dalam sistem peredaran darah.

6. Nutrisi yang memainkan peranan di dalam sistem imuniti badan adalah selenium yang terdapat di dalam susu kambing,secara tidak langsung telah meningkatkan daya tahan diri terhadap penyakit berjangkit seperti demam, selesema dan batuk.

7. Walaupun susu kambing mengandungi kadar lemak asid yang lebih banyak berbanding dengan susu lembu, tetapi sebenarnya ia mengandungi kadar lemak yang lebih kurang.Perkara ini membawa maksud bahawa susu kambing boleh membantu orang untuk mengurangkan berat badan, tanpa menjejaskan kesihatan mereka.

Terbukti Kopi Arabica Goatmilk 9 in 1 berupaya mengembalikan semula tenaga dan daya ketahanan badan pengguna budiman semua selepas sebulan puasa Ramadhan yang baru berlalu.




Kami juga ingin kongsikan kegembiraan Puan Rodhiah dari Sri Rampai ,Setapak, Kuala Lumpur yang baru sahaja selesai menjalani ibadah Umrah awal Ramadhan lalu. Beliau yang juga pengguna tetap Kopi Arabica Goatmilk 9 in 1 telah membawa bersama stok 6 kotak kopi ini ke Tanah Suci ternyata amat gembira dengan khasiat produk kami ini.

Menurut beliau Alhamdulillah sepanjang menjalani ibadah suci ini badan beliau terasa ringan dan sentiasa bertenaga walaupun sedang berpuasa ditambah lagi dengan cuaca yang panas pada ketika itu. 

Ujar beliau lagi InsyaAllah kalau tiada aral beliau akan menjadi pengedar tetap produk kami khususnya untuk pasaran Setapak dan sekitarnya. Anda semua pasti terpana jika tahu umur Puan Rodhiah telahpun menjangkau lebih 60 tahun.

Hebat bukan!!!




Dan bagi kaki-kaki bola semestinya Kopi Arabica Goatmilk 9 in 1 dapat membantu anda bersengkang mata tapi tetap segar dalam menyaksikan pertarungan bolasepak paling hebat di planet bumi dalam FIFA Worldcup Russia 2018 yang sedang rancak berlangsung ketika ini.




Jadi tunggu apa lagi..Dapatkan segera kopi ajaib ini di Stokis berhampiran atau hubungi terus talian hotline 6016-2581185 untuk lebih tawaran hebat.Terkini anda boleh berkunjung ke Koperasi Masyarakkat Muslim Bukit Jelutong serta gohalal Mart di Shah Alam, Selangor.




INGAT KOPI...INGAT KOPI ARABICA GOATMILK 9 IN 1..
INGAT RAZIANA INDUSTRIES..
INSYAALLAH BERKESAN!!!!!





























Kopi Arabica Goatmilk 9 in 1..khasiat dan keajaiban susu kambing yang anda wajib tahu

SALAM SEJAHTERA, salam lebaran 1439 H.. BERTEMU kembali.. Terlebih dahulu kami di Raziana Industries ingin mengambil kesempatan untu...